Catatan

MAIDAM DAH LULUS

 Abang,  Dah banyak hari ayang tak menulis. Ayang rindukan abang. Rindu sangat. Tak lama lagi waktu edah ayang akan tamat. Ayang boleh ziarah abang. Rindunya nak borak dengan abang depan- depan. Abang, Ada berita gembira. MAIDAM dah luluskan permohonan bantuan sewa rumah sebanyak RM600 sebulan selama setahun. Alhamdulilah. Jadi sekarang ayang boleh fokus pada bil utiliti, petrol dan perbelanjaan anak- anak. Syukur sangat.  Abang, kebelakangan ini ayang dah mula kembali solat. Ya Allah, tenangnya ayang rasa. Marah- marah pun kurang. Rezeki masuk je walaupun tak besar tapi ada. Dapatlah anak- anak makan jajan sekali sekala. Abang, Ayang selalu teringatkan saat- saat kita bersama. Yang pahit ayang cuba lupakan. Yang manis ayang cuba ingat kembali dan tersenyum sendiri dalam kerinduan. Ya Allah, lapangkanlah kubur suamiku. Jauhkan dia dari azab kubur dan api neraka kerana dia suamiku yang pernah membahagiakan ku. Ampunilah dosa- dosanya. Okaylah abang. Sampai kita bertemu lag...

ABANG, AKU PENAT MENTAL

 Abang,  Aku penat Penat mental Penat emosi Aku sangat rindukan saat kau masih ada. Apa saja kesusahan, kau ada bersamaku. Saat itu kalau ada permasalahan terasa macam sekejap je Allah permudahkan penyelesaiannya. Kini, aku terasa bila ada permasalah makin berat masalah itu dan makin bertambah masalah yang ada. Apakah hidup aku ini makin kurang keberkatan sejak pemergianmu? Adakah Allah makin menjauh dariku? Abang, Rumah ini perlukan duit untuk dibayar sewa. Sehingga hari ini aku belum dapat kumpul lagi jumlah yang diperlukan. Aku takut tuan rumah hilang kepercayaan kepadaku. Jahitanku tak cukup laju untuk aku dapatkan bayaran. Semalam aku hantar hasil alter aku kepada 2 costumer. Aku ingatkan dapat duit dari usahaku. Rupanya costumer minta aku ubah lagi dan bayaran belum aku perolehi. Aku jadi sedih. Lauk basah dalam peti tinggal seekor ikan tongkol kecik dan 3 ekor selayang. Ayam dah habis. Telur ada sepapan lagi. Beras sempat beli semalam 5 kg. Anak- anak sekarang dah tak m...

AKU PENAT

 ABANG, AKU PENAT SANGAT. PENAT DARI SEGI MENTAL DAN EMOSI. NAK MULAKAN KEHIDUPAN TANPAMU. NAK MULAKAN MENCARI NAFKAH UNTUK ANAK- ANAK. ABANG, KENAPA MEREKA MEMANDANG AKU INI KUAT, AKU INI BERDUIT, AKU INI TAKDE KESULITAN NAK BESARKAN ANAK. MEMANG BETUL KITA TAK BOLEH FIKIRKAN APA ORANG NAK KATA. HAKIKATNYA BILA AKU NAK URUSKAN MAKAN PAKAI ANAK-ANAK AKU TAK DAYA. SEMUANYA BERJALAN ATAS DUIT. KERETA ABANG PUN TAK SELESAI LAGI URUSAN TUKAR NAMA. MANA NAK CARI AMAUNT HAMPIR 6 RIBU NAK BAGI KAT AMANAH RAYA. DENGAN FAMILY ABANG TERUTAMA YANG 2 ORANG TU PENUH PURA- PURA KONONNYA TAKE CARE PASAL KAMI PADAHAL MEREKA HANYA BERDUSTA. ABANG, PERITNYA NAK LALUI HIDUP. KU LUAHKAN BUKAN BEERTI AKU MENOLAK KEWUJUDAN ALLAH. AKU YAKIN UJIAN ALLAH TIDAK MENZALIMI AKU DAN ANAK-ANAK. TAPI RISAU AKU ANAK- ANAK TAK TAU NAK MEMAHAMI DAN MEREKA TERPAKSA HIDUP DALAM KESEMPITAN. NANTI MEREKA MERASA MERANA. YE... AKU TAU ANAK- ANAK KITA KUAT. TAPI AKU RISAU. KUAT YANG KITA NAMPAK ITU DULU. CARA HIDUP KITA DU...

APA AGAKNYA ATURAN YANG MAHA ESA

Aku terfikir.  Hampir usiaku 50 tahun dah. Aku renung perjalanan hidupku . Dari kecil, remaja, dewasa. Semuanya aku renungi. Paling yang aku renungkan; tentang sepanjang aku dewasa hingga hari ini. Dari lepas je alam persekolahan, awalnya ok belaka. Kerja kilang, masuk kolej. Lancar semuanya. Bermula saat aku masuk alam pekerjaan dari situ aku rasakan betapa tersangkutnya perjalanan hidupku. Pekerjaanku sangat tak lancar. Percintaanku penuh liku. Parkahwinan ku lagilah. Bermula dari situlah aku dapati betapa hidup aku penuh berliku dan onak duri. Bekerja penuh dengan cabaran perangai di sekitarku. Bercinta asyik putus dan tak menjadi.  Bila cinta menjadi masuk ke alam perkahwinan lagilah mencabar. Kalau ku tulis di sini ibarat aku membuka aibku dan semua insan yang terlibat. Tapi aku tetap katakan aku yang salah. Senang. Tak perlu tunding jari kepada sesiapa pun. Pernikahan pertama yang bertahan cuma 2 tahun membuatkan aku survive seorang diri membesarkan seorang anak. Perjala...

Oktober 24

 Setelah sekian lama aku tidak menulis lam blog. kini ada masa kembali telelah aku memilih untuk bersara awal. awal pun tak awal mana. sempatlah berkhidmat selama 25tahun. Last sekali aku menulis ketika aku ada seorang anak. kini aku dah ada 3 orang anak. rasanya dah cukup untuk memeriahkan familyku. nanti aku upload wajah- wajah kesayanganku. Selepas bersara ni aku rasakan sedikit ketenangan. kurang tekanan sebab sebahagian dari tekanan hidupku adalah tekanan di tempat kerja. Tak perlulah aku nak huraikan di sini. Tapi ada satu perasaan lagi hadir. terasa sunyi tanpa kawan, whatsapp group pun dah tak de. kawan- kawan pun menyepi tanpa bertanyakan khabar berita.