ABANG, AKU PENAT MENTAL
Abang,
Aku penat
Penat mental
Penat emosi
Aku sangat rindukan saat kau masih ada. Apa saja kesusahan, kau ada bersamaku. Saat itu kalau ada permasalahan terasa macam sekejap je Allah permudahkan penyelesaiannya.
Kini, aku terasa bila ada permasalah makin berat masalah itu dan makin bertambah masalah yang ada. Apakah hidup aku ini makin kurang keberkatan sejak pemergianmu? Adakah Allah makin menjauh dariku?
Abang,
Rumah ini perlukan duit untuk dibayar sewa. Sehingga hari ini aku belum dapat kumpul lagi jumlah yang diperlukan. Aku takut tuan rumah hilang kepercayaan kepadaku. Jahitanku tak cukup laju untuk aku dapatkan bayaran. Semalam aku hantar hasil alter aku kepada 2 costumer. Aku ingatkan dapat duit dari usahaku. Rupanya costumer minta aku ubah lagi dan bayaran belum aku perolehi. Aku jadi sedih.
Lauk basah dalam peti tinggal seekor ikan tongkol kecik dan 3 ekor selayang. Ayam dah habis. Telur ada sepapan lagi. Beras sempat beli semalam 5 kg. Anak- anak sekarang dah tak makan macam- macam seperti dulu. Kalau lapar aku suapkan nasi. Kalau diorang nak kudap- kudap aku beri biskut jagung dengan air. Kasihan anak- anak. Selalu cakap lapar, nak makan apa pun tak tau. Padahal mereka baru aku suapkan nasi. Aku tau mereka nak mengunyah.
Abang,
Kalau kau masih ada, mesti kau balik dari kerja akan bawa kudapan buat mereka.kalau roti canai tu tak payah cakaplah. Sampai tak habis mereka makan. Bila mereka sebut saja nak ke playground kau akan beri aku duit untuk aku bawa mereka keluar. Kau akan beri duit belanja walaupun aku tau kau tak berduit.
Abang, permohonan zakat MAIDAM masih lagi tergantung. Tak habis-habis dengan mintak penyata bank. Lepas tu takwil duit ini dai mana. Duit itu ke mana. Mereka mencurigai aku. Mereka anggap aku ada simpanan yang besar yang aku sorok dari pengetahuan mereka. Terasa jahatnya hati mereka.
STR pula setakat ni belum ada jawapan walaupun kerajaan umum pembayaran lagi 3 hari. Kalau STR tak dapat maknanya SARA bulanan pun tak dapat. Penting buatku semua tu. Aku blh beli makanan untuk anak- anak.
Abang,
Semalam kan aku mimpi kau ada bersama dengan ku seperti kau tak meninggal. Aku tak ingat rumah mana kita berada dalam mimpiku. Aku happy sangat. Kononnya kau settle semua masalah yang kami hadapi. Walaupun aku terjaga bangun pergi tandas, kemudian kembali lelap aku masih mimpikan kau ada. Ya Allah! Betapa aku rindukan kamu.
Abang,
Panjangnya aku menulis meluahkan apa yang berat di mindaku ini. Walaupun kau dah tak dapat membaca apa yang aku tuliskan ini tapi ia sekelumit meringankan rasa berat di dadaku ini. Aku akan menulis lagi. Seolah- olah kau membaca ii hati dan fikiranku ini. Ustaz- ustaz selalu ingatkan kalau nak mengadu kepada Allah tadah tangan dan mengadu kepada-Nya. Aku cuba lakukan seperti itu tapi tak selancar aku menulis seperti ini.adakah Allah marah aku luahkan seperti ini?
Ampunkan aku, Ya Allah.
Ulasan