MAIDAM DAH LULUS
Abang,
Dah banyak hari ayang tak menulis. Ayang rindukan abang. Rindu sangat. Tak lama lagi waktu edah ayang akan tamat. Ayang boleh ziarah abang. Rindunya nak borak dengan abang depan- depan.
Abang,
Ada berita gembira. MAIDAM dah luluskan permohonan bantuan sewa rumah sebanyak RM600 sebulan selama setahun. Alhamdulilah. Jadi sekarang ayang boleh fokus pada bil utiliti, petrol dan perbelanjaan anak- anak. Syukur sangat.
Abang, kebelakangan ini ayang dah mula kembali solat. Ya Allah, tenangnya ayang rasa. Marah- marah pun kurang. Rezeki masuk je walaupun tak besar tapi ada. Dapatlah anak- anak makan jajan sekali sekala.
Abang,
Ayang selalu teringatkan saat- saat kita bersama. Yang pahit ayang cuba lupakan. Yang manis ayang cuba ingat kembali dan tersenyum sendiri dalam kerinduan.
Ya Allah, lapangkanlah kubur suamiku. Jauhkan dia dari azab kubur dan api neraka kerana dia suamiku yang pernah membahagiakan ku. Ampunilah dosa- dosanya.
Okaylah abang. Sampai kita bertemu lagi di lain lembaran. Salam sayang yang penuh kerinduan dari ayang. Ayang sayang abang. Ayang rindu abang. Assalamualaikum.
Ulasan