APA AGAKNYA ATURAN YANG MAHA ESA
Aku terfikir. Hampir usiaku 50 tahun dah. Aku renung perjalanan hidupku . Dari kecil, remaja, dewasa. Semuanya aku renungi. Paling yang aku renungkan; tentang sepanjang aku dewasa hingga hari ini.
Dari lepas je alam persekolahan, awalnya ok belaka. Kerja kilang, masuk kolej. Lancar semuanya. Bermula saat aku masuk alam pekerjaan dari situ aku rasakan betapa tersangkutnya perjalanan hidupku.
Pekerjaanku sangat tak lancar. Percintaanku penuh liku. Parkahwinan ku lagilah. Bermula dari situlah aku dapati betapa hidup aku penuh berliku dan onak duri. Bekerja penuh dengan cabaran perangai di sekitarku. Bercinta asyik putus dan tak menjadi.
Bila cinta menjadi masuk ke alam perkahwinan lagilah mencabar. Kalau ku tulis di sini ibarat aku membuka aibku dan semua insan yang terlibat. Tapi aku tetap katakan aku yang salah. Senang. Tak perlu tunding jari kepada sesiapa pun.
Pernikahan pertama yang bertahan cuma 2 tahun membuatkan aku survive seorang diri membesarkan seorang anak. Perjalanan ibu tunggal anak sorang sangat perit. Mata masyarakat seolah- olah sangat tajam dan serong memandang ke arah ku. Pemikiran mereka lebih ke arah negatif. Tersiksanya aku rasakan ketika itu. Air mata sentiasa mengiringi hari- hari ku.
Selang 6 tahun aku bertemu jodoh lagi. Masih lagi sangat sukar untuk disatukan. Macam- macam halangan dan tragedi menimpa. Tapi kuasa Allah tiada siapa yang tahu. Kami bersatu jua. Ranjau kali ini amat sakit, perit, pedih, derita mindaku. Teruji kesabaranku. Alhamdulillah dah 10 tahun kami bersama hingga Allah kurniakan 2 cahaya mata yang comel.
Allah! 10 tahun berakhir dengan kedukaan bila Allah menjemput dia kembali kepada-Nya. Ya Allah! Kenapa? Aku hingga hari ini terasa amat terkilan kenapa dia pergi awal sangat. Yang selalu sakit, yang selalu masuk hospital tu aku. Yang logik akal manusia akulah yang pergi dulu.
Allah, anak- anak kecil lagi. Aku tiada pekerjaan. Baru nak setting impian ku dari muda dulu untuk menjahit pakaian secara serius. Belum ada pelanggan, belum ada apa- apa sumber pencarian lagi. Dengan tanggungan 3 orang anak ini bagaimana aku nak menafkahi mereka.
Allah! Apakah aturan Mu yang sebenarnya? Apakah Kau pun akan menjemputku awal sebelum mereka mampu berdikari? Apakah mereka akan menderita? Macam- macam bermain dalam fikiran ku. Kenapa Ya Allah?
Tapi aku sendiri mampu beri jawapannya. Allah sayang aku. Allah nak hapuskan dosa- dosaku yang teramat banyak. Allah nak aku kembali kepada-Nya. Allah tau aku mampu harungi Ujian-Nya. Aku tau. Tapi kadang kala soalan kenapa itu kembali juga dalam fikiran ini. Di saat aku rasa down, di saat nak makan pun tengok wallet ada duit lagi ke tidak. Di saat anak- anak nak makan seperti dulu tapi tak mampu.
Ya Allah. Sakitnya.... Tolonglah aku. Keluarkan aku dari masalah ini. Kesempitan wang dan kudratku semakin Kau tarik ini membuatkan aku tertekan dan tertekan lagi. Aku merasa keseorangan. Aku luahkan kepadaMu ya Allah. Ku taip bicaraku kepada Mu Ya Allah di sini. Aku stress. Di usia begini lagi aku rasakan aku penat, tak larat dan lemah sangat.
Apakah yang akan terjadi selepas ini?
Ulasan