Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2026

MAIDAM DAH LULUS

 Abang,  Dah banyak hari ayang tak menulis. Ayang rindukan abang. Rindu sangat. Tak lama lagi waktu edah ayang akan tamat. Ayang boleh ziarah abang. Rindunya nak borak dengan abang depan- depan. Abang, Ada berita gembira. MAIDAM dah luluskan permohonan bantuan sewa rumah sebanyak RM600 sebulan selama setahun. Alhamdulilah. Jadi sekarang ayang boleh fokus pada bil utiliti, petrol dan perbelanjaan anak- anak. Syukur sangat.  Abang, kebelakangan ini ayang dah mula kembali solat. Ya Allah, tenangnya ayang rasa. Marah- marah pun kurang. Rezeki masuk je walaupun tak besar tapi ada. Dapatlah anak- anak makan jajan sekali sekala. Abang, Ayang selalu teringatkan saat- saat kita bersama. Yang pahit ayang cuba lupakan. Yang manis ayang cuba ingat kembali dan tersenyum sendiri dalam kerinduan. Ya Allah, lapangkanlah kubur suamiku. Jauhkan dia dari azab kubur dan api neraka kerana dia suamiku yang pernah membahagiakan ku. Ampunilah dosa- dosanya. Okaylah abang. Sampai kita bertemu lag...

ABANG, AKU PENAT MENTAL

 Abang,  Aku penat Penat mental Penat emosi Aku sangat rindukan saat kau masih ada. Apa saja kesusahan, kau ada bersamaku. Saat itu kalau ada permasalahan terasa macam sekejap je Allah permudahkan penyelesaiannya. Kini, aku terasa bila ada permasalah makin berat masalah itu dan makin bertambah masalah yang ada. Apakah hidup aku ini makin kurang keberkatan sejak pemergianmu? Adakah Allah makin menjauh dariku? Abang, Rumah ini perlukan duit untuk dibayar sewa. Sehingga hari ini aku belum dapat kumpul lagi jumlah yang diperlukan. Aku takut tuan rumah hilang kepercayaan kepadaku. Jahitanku tak cukup laju untuk aku dapatkan bayaran. Semalam aku hantar hasil alter aku kepada 2 costumer. Aku ingatkan dapat duit dari usahaku. Rupanya costumer minta aku ubah lagi dan bayaran belum aku perolehi. Aku jadi sedih. Lauk basah dalam peti tinggal seekor ikan tongkol kecik dan 3 ekor selayang. Ayam dah habis. Telur ada sepapan lagi. Beras sempat beli semalam 5 kg. Anak- anak sekarang dah tak m...